Tentang TrustedStays
Kami bukan platform booking. Kami platform kepercayaan.
Kenapa TrustedStays Wujud?
Kami lihat sendiri masalah yang berlaku dalam industri homestay Malaysia — gambar yang tidak sepadan dengan realiti, lokasi yang salah, dan pemilik yang sukar dihubungi selepas bayaran dibuat.
Masalah ini bukan tentang teknologi. Ia tentang kepercayaan. Dan kepercayaan tidak boleh dibina hanya dengan algorithm — ia perlu dibina dengan lawatan fizikal, semakan identiti, dan komitmen sebenar.
TrustedStays hadir untuk menjadi jambatan kepercayaan antara pemilik homestay yang jujur dengan pelanggan yang mencari penginapan yang selamat dan sesuai.
Nilai Kami
Trust
Kepercayaan adalah asas setiap keputusan yang kami buat.
Transparency
Kami terbuka tentang proses dan standard pengesahan kami.
Community
Kami bina ekosistem yang saling menguntungkan semua pihak.
Hubungi Kami
Ada soalan? Kami sedia membantu melalui WhatsApp.
Waktu operasi: 8am - 10pm setiap hari